Thursday, March 31, 2011

Keupayaan Kita

Setiap kita mungkin terfikir tentang keupayaan diri. Bagaimana nak menilai keupayaan diri?? Cara mudah nak menilai keupayaan diri adalah dengan menetapkan sasaran dan berusaha untuk mencapainya. Sejauh mana kita mampu mencapai setiap sasaran itu boleh dijadikan kayu pengukur. Tetapi sebenarnya keupayaan kita tidak terbatas melainkan kita yang membataskan ia daripada mencapainya.

Jika kita mampu menyiapkan sesuatu kerja atau tugasan mengikut masa atau lebih awal daripada ketetapan masa sebenar bermakna kemampuan kita telah jelas menunjukkan bahawa setiap sasaran disertakan dengan komitmen yang tinggi mampu mengatasi keupayaan sebenar. Jelasnya saranan yang kuat utk mencapai dan mengatasi sasaran yang ditetapkan itu penting.

Jadi kena berusaha kearah itu. Perancangan itu penting dalam menentukan setiap usaha berada di tahap yang dimahukan dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Wednesday, March 30, 2011

Kekuatan Kuasa Minda & Keajaiban Imaginasi Untuk Mencapai Kejayaan Part II

Kalo aku kenangkan balik waktu mula-mula menceburkan diri dalam sukan ping pong ni memang lawak, geram, bengang & macam-macam lagi perasaan yang bercampur aduk. Manakan tidak, permulaan bermain mmg mcm kayu, keras.. Kena kutuk, kena hina dek ketidakpandaian bermain oleh rakan-rakan. Tension tu xpayah cerita la.. bermula pada bulan Mac 2008 aku mulakan sehingga sekarang aku masih giat berlatih. Alhamdulillah ada kejayaan dan peningkatan disebalik pengorbanan masa, tenaga, ruang dan kekuatan diri.

Seperti aku katakan sebelum ini aku bermula dari bawah. Zero!!! Hasil rangsangan kuat daripada minda & imaginasi serta tekanan yang aku terima maka terhasillah seni permainan. Cara yang aku peraktikkan ialah dengan merangsang minda aku ke arah Ping Pong..Hasilkan satu getaran dalaman supaya kecintaan pada ping pong ini makin menebal. Imaginasi aku mainkan supaya ia menghasilkan tindakan daripada dalam untuk membentuk tindakan secara luaran iaitu tindakan. Bagaimana ini terjadi. Ada kaitan dengan minda sedar dan minda separa sedar.

Setiap malam sebelum tidur aku bayangkan kembali cara permainan ketika sesi latihan di petang hari. Aku kenal pasti kesilapan dan bagi setiap rentak dan hayunan. Selepas itu aku, tonton video youtube yg sudah di muaturun setiap malam. Perkara ni aku amalkan setiap malam atau paling xde setiap 3 hari sekali. Tapi keberkesanan nyata waktu sebelum tidur sehingga tertidur.

Minda sedar kita akan menjurus ke arah itu, maksud aku hasil daripada gerakan, hayunan atau teknik Professional Player bermain. Maka semasa tidur pula minda separa sedar kita akan memulakan kerja untuk merakam semula setiap gerak, hayunan dan teknik yang di lihat. Hasil kedua-dua rangsangan ini akan menghasilkan tindakan yang luarbiasa seolah-olah gerak, hayunan yang dibuat tu seperti biasa dilakukan. Itulah hasil yang aku dapat kongsikan.

Untuk makluman, pada bulan hujung April ini akan ada satu pertandingan ping pong antara daerah (PETANDA). Aku akan menyertainya selaku pemain perseorangan. Aku akan kongsikan hasilnya di post akan datang, Insyaallah.

Zero to Hero. Are you Dare to be a Hero??

Kekuatan Kuasa Minda & Keajaiban Imaginasi Untuk Mencapai Kejayaan I

Kembali lagi kita bertemu di topik kekuatan "Minda & Imaginasi". Kali ni sekadar perkongsian ringkas dengan perkara ni. Memang aku peraktikan dan tidak peraktikan ataupun On-Off. Mengapa?? Ini sekadar untuk aku tau sejauh mana kebenaran kuasa Minda & Imaginasi ni dalam usaha yang aku lakukan berkesan atau tidak.

Setakat ni, aku nampak hasilnya. Dua benda ni saling ada kaitan. Minda & imaginasi yang berkesan akan menghasilkan apa yang kita mahukan. Pengalaman aku kongsikan sekadar mungkin kebetulan bagi pembaca, tp bagi aku ia bukan kebetulan tapi mmg kesan hasil rangsangan minda & imaginasi kearah itu. Aku berminat dengan sukan Ping Pong. Asalnya aku mmg xreti main ping pong ni. Senang kata zero. Memang dizaman persekolahan dan remajaku mmg xpernah pegang "Bet Ping Pong" ni. sambung di post akan datang... ;-)

Jangan Biarkan Peluang Berlalu Begitu Sahaja

Salam Hari Rabu, Alhamdullillah sejak kebelakangan ini rezeki datang mencurah2. Bukan di rancang tp sudah ketentuan tuhan. Itulah namanya rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu.

Tawaran mengajar/fasilitator jemputan datang tanpa diduga. Kadang-kadang terasa juga perit melalui saat2 di hujung bulan. Manakan tidak, gaji yang tidak seberapa dek disebabkan keghairahan bebanan hutang yg sengaja di buat satu ketika dulu waktu muda-muda. Dapat duit mmg seronok tapi waktu nak membayarnya makan tahun. Fuhh..serik aku buat loan lagi.

Berbalik pada cerita rezeki td. Tawaran mengajar/fasilitator yang aku terima tahun ni amat memberangsangkan. Jauh-jauh gak dan amat menyeronokkan juga la dapat berjalan dan xperlu stress pasal kerja. Apa yang aku suka ttg mengajar/fasilitator ni ialah aku mengajar waktu tu habis waktu tu gak dan dapat elaun. So, benda yang xperlu aku peningkan lagi tapi balik kembali ke pejabat mengadap kembali kerja-kerja yang sentiasa xpernah habis.

Itulah namanya makan gaji. Dapat GAJI MAKAN GAJI. Ibarat macam gergaji, bila di tarik maka ia akan makan permukaan kayu, tolak pun makan gak tp bila dah abis kayu apa yang nak dimakan. hahahah...kadang-kadang cemburu gak aku tgk orang lain yang bekerja sendiri. Tidak terikat dan bebas melakukan apa saja. Aku mmg menghala ke arah tu. Itu memang sasaran aku. Usaha untuk berubah sentiasa kuat.

Alhamdulillah aku tetap bersyukur dengan kurniaan Illahi pada aku, keluarga dan kehidupan aku ni. Masih diberikan tenaga dan kemampuan untuk mencari rezeki. Bayangkan insan yang malang di luar sana dimana tenaga dan kemampuan tiada ditambah dengan beban kehidupan. Memang begitu perit utk dibayangkan walhal aku yang diberikan semua tu tetap terasa perit untuk survive dalam kehidupan ini.

Jangan anggap coretan ini bersifat negative. Kita renungkan bersama, selagi kita mengsyukuri nikmat yang diberi selagi itu rezeki akan sentiasa ada dan selagi kita mahu kongsikan hasil itu selagi itu rezeki ditambah lagi oleh Illahi. Insyaallah..selagi ada usaha pasti ada jaya. Salam kejayaan dan kebahagian.

Monday, March 21, 2011

Apa Salahnya??

Telahku usahakan. Tetapku usahakan. Malam tadi jam 9 malam bertolak daripada Kopitiam Bangi menuju ke lokasi tanah. haaaa...aku lupa nak maklumkan. Aku dah menceburkan diri dalam bidang hartanah. Pendapatan sampingan yang ibarat jual angin keluar asap.

Tidak sekadar omongan kosong tapi usaha aku jalankan demi mendapat kepuasan dan pengalaman. Tidak salah daripada segi usaha tp salahnya kerna tiada lesen menjalankannya. ahhhh... persetankan itu semua yg penting aku berjuang utk kejayaan. Dangkal sungguh akalmu..

Kembali cerita tadi, jam 9.20pm sampai di lokasi. Menunggu middleman sampai ke lokasi. Sesat katanya. Walaupun hujan renyai dimalam dingin tetapku bulatkan usaha mengisi ruang bosan sambil bercerita dengan kawan bernama Ridzuan. Rakan kenalan dalam bidang ini.

Menunggu dalam kereta membuatkan perasaanku buntu adakah dipermainkan dengan Si Labu ni. Haaa....datang juga akhirnya. Pergi menuju ke lokasi menunjukkan kedudukan tanah yang hendak dijual. Lokasi tanah mmg strategik cuma menunggu kepastian daripada pembeli samada berminat dengan urusan jualbeli.

Perbincangan singkat, kami berlalu pergi. Pulang kembali ke Bangi Kopitiam, pekena kopi + roti stim pandan + telur omega separuh masak.

Apa yang aku ada hanyalah usaha. Sejauh mana ia akan terbukti kita tunggu dan lihat dalam sikit hari lagi.

Usaha yang sekelumit untuk me

Salam Keceriaan Tahun 2011,

Bila aku fikirkan semula apa yang mampu aku kecapi sepanjang usia hidup ni. Rupanya masih terlalu sedikit untuk aku titipkan disini. Tetapi usaha aku ke arah mencapai kejayaan tidak pernah luntur walaupun kadang-kadang sifat kemalasan sentiasa membataskan aku dalam setiap usaha. Istiqamahku masih mampu digugat.

Sejenak bermain di sudut benak aku.. kenapa masih tidak dapat aku capai apa yang aku idamkan. Terjawab sendiri daripada minda aku "sesungguhnya usahamu belum mencukupi dengan setiap keinginanmu". Mungkin itu ada kebenarannya.

Jadi, usaha xpernah kenal erti mengalah. Teruskan nekad dan tingkatkan lagi usaha. Pastikan ia menjadi kenyataan. Tahun 2011 aku jadikan cabaran sebagai pengukur pencapaian dengan usaha aku lakukan ini.

Ulang Tahun Ke-29 Sepi Tanpa Penghargaan

Tepat jam 8am 20hb Mac 1982 itulah detik kelahiran ku di dunia ni. namun detik itu berlalu begitu sahaja bukan rasa kecewa tp pengisian yang tidak mendapat tempat dalam pencapaian kehidupan.

Walaupun pada tahun ini tiada sambutan dalam ulang tahun kelahiran ke 29 tahun ini. Hanya rakanyang rajin mengucapkan "Heppi Besday", "Selamat Hari Lahir", "Selamat Hari Tua" dan macam2 lagi ucapan yang aku terima melalu FB (Muka Buku). Kelakar pun ada. Namun seakan ia satu penghargaan malah dapat dirasa seperti satu penghinaan. Isteriku sendiri seakan terlupa, mungkin kesibukan melayan kerenah anakmenjadikannya alpa.

Gagalkah Aku??? Tidak. Ko tidak Gagal lagi wahai Rudy. yang gagal adalah usahamu. Aku tidak gagal tapi cuma gagal untuk merancang bagi mencapai kejayaan. Banyak lagi usahamu masih peringkat permulaan, kena diteruskan walaupun pelbagai ujian dan dugaan hadir dalam setiap bayangan.

Jika nak di spesifikan kejayaan sepanjang tahun 2010 sebenarnya tidak di nafikan banyak juga yang ku capai tapi tidak seperti yang aku inginkan. Mengapa begitu?? Itulah namanya cabaran diri. Kena berani mencabar diri untuk mencapai kejayaan yang betul2 kejayaan. Mungkin itu pembakar semangat dalam menempuh tahun 2011.