Wednesday, March 30, 2011

Jangan Biarkan Peluang Berlalu Begitu Sahaja

Salam Hari Rabu, Alhamdullillah sejak kebelakangan ini rezeki datang mencurah2. Bukan di rancang tp sudah ketentuan tuhan. Itulah namanya rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu.

Tawaran mengajar/fasilitator jemputan datang tanpa diduga. Kadang-kadang terasa juga perit melalui saat2 di hujung bulan. Manakan tidak, gaji yang tidak seberapa dek disebabkan keghairahan bebanan hutang yg sengaja di buat satu ketika dulu waktu muda-muda. Dapat duit mmg seronok tapi waktu nak membayarnya makan tahun. Fuhh..serik aku buat loan lagi.

Berbalik pada cerita rezeki td. Tawaran mengajar/fasilitator yang aku terima tahun ni amat memberangsangkan. Jauh-jauh gak dan amat menyeronokkan juga la dapat berjalan dan xperlu stress pasal kerja. Apa yang aku suka ttg mengajar/fasilitator ni ialah aku mengajar waktu tu habis waktu tu gak dan dapat elaun. So, benda yang xperlu aku peningkan lagi tapi balik kembali ke pejabat mengadap kembali kerja-kerja yang sentiasa xpernah habis.

Itulah namanya makan gaji. Dapat GAJI MAKAN GAJI. Ibarat macam gergaji, bila di tarik maka ia akan makan permukaan kayu, tolak pun makan gak tp bila dah abis kayu apa yang nak dimakan. hahahah...kadang-kadang cemburu gak aku tgk orang lain yang bekerja sendiri. Tidak terikat dan bebas melakukan apa saja. Aku mmg menghala ke arah tu. Itu memang sasaran aku. Usaha untuk berubah sentiasa kuat.

Alhamdulillah aku tetap bersyukur dengan kurniaan Illahi pada aku, keluarga dan kehidupan aku ni. Masih diberikan tenaga dan kemampuan untuk mencari rezeki. Bayangkan insan yang malang di luar sana dimana tenaga dan kemampuan tiada ditambah dengan beban kehidupan. Memang begitu perit utk dibayangkan walhal aku yang diberikan semua tu tetap terasa perit untuk survive dalam kehidupan ini.

Jangan anggap coretan ini bersifat negative. Kita renungkan bersama, selagi kita mengsyukuri nikmat yang diberi selagi itu rezeki akan sentiasa ada dan selagi kita mahu kongsikan hasil itu selagi itu rezeki ditambah lagi oleh Illahi. Insyaallah..selagi ada usaha pasti ada jaya. Salam kejayaan dan kebahagian.

No comments:

Post a Comment