Monday, March 21, 2011

Ulang Tahun Ke-29 Sepi Tanpa Penghargaan

Tepat jam 8am 20hb Mac 1982 itulah detik kelahiran ku di dunia ni. namun detik itu berlalu begitu sahaja bukan rasa kecewa tp pengisian yang tidak mendapat tempat dalam pencapaian kehidupan.

Walaupun pada tahun ini tiada sambutan dalam ulang tahun kelahiran ke 29 tahun ini. Hanya rakanyang rajin mengucapkan "Heppi Besday", "Selamat Hari Lahir", "Selamat Hari Tua" dan macam2 lagi ucapan yang aku terima melalu FB (Muka Buku). Kelakar pun ada. Namun seakan ia satu penghargaan malah dapat dirasa seperti satu penghinaan. Isteriku sendiri seakan terlupa, mungkin kesibukan melayan kerenah anakmenjadikannya alpa.

Gagalkah Aku??? Tidak. Ko tidak Gagal lagi wahai Rudy. yang gagal adalah usahamu. Aku tidak gagal tapi cuma gagal untuk merancang bagi mencapai kejayaan. Banyak lagi usahamu masih peringkat permulaan, kena diteruskan walaupun pelbagai ujian dan dugaan hadir dalam setiap bayangan.

Jika nak di spesifikan kejayaan sepanjang tahun 2010 sebenarnya tidak di nafikan banyak juga yang ku capai tapi tidak seperti yang aku inginkan. Mengapa begitu?? Itulah namanya cabaran diri. Kena berani mencabar diri untuk mencapai kejayaan yang betul2 kejayaan. Mungkin itu pembakar semangat dalam menempuh tahun 2011.

No comments:

Post a Comment