Thursday, March 31, 2011

Keupayaan Kita

Setiap kita mungkin terfikir tentang keupayaan diri. Bagaimana nak menilai keupayaan diri?? Cara mudah nak menilai keupayaan diri adalah dengan menetapkan sasaran dan berusaha untuk mencapainya. Sejauh mana kita mampu mencapai setiap sasaran itu boleh dijadikan kayu pengukur. Tetapi sebenarnya keupayaan kita tidak terbatas melainkan kita yang membataskan ia daripada mencapainya.

Jika kita mampu menyiapkan sesuatu kerja atau tugasan mengikut masa atau lebih awal daripada ketetapan masa sebenar bermakna kemampuan kita telah jelas menunjukkan bahawa setiap sasaran disertakan dengan komitmen yang tinggi mampu mengatasi keupayaan sebenar. Jelasnya saranan yang kuat utk mencapai dan mengatasi sasaran yang ditetapkan itu penting.

Jadi kena berusaha kearah itu. Perancangan itu penting dalam menentukan setiap usaha berada di tahap yang dimahukan dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment