Wednesday, March 30, 2011

Kekuatan Kuasa Minda & Keajaiban Imaginasi Untuk Mencapai Kejayaan Part II

Kalo aku kenangkan balik waktu mula-mula menceburkan diri dalam sukan ping pong ni memang lawak, geram, bengang & macam-macam lagi perasaan yang bercampur aduk. Manakan tidak, permulaan bermain mmg mcm kayu, keras.. Kena kutuk, kena hina dek ketidakpandaian bermain oleh rakan-rakan. Tension tu xpayah cerita la.. bermula pada bulan Mac 2008 aku mulakan sehingga sekarang aku masih giat berlatih. Alhamdulillah ada kejayaan dan peningkatan disebalik pengorbanan masa, tenaga, ruang dan kekuatan diri.

Seperti aku katakan sebelum ini aku bermula dari bawah. Zero!!! Hasil rangsangan kuat daripada minda & imaginasi serta tekanan yang aku terima maka terhasillah seni permainan. Cara yang aku peraktikkan ialah dengan merangsang minda aku ke arah Ping Pong..Hasilkan satu getaran dalaman supaya kecintaan pada ping pong ini makin menebal. Imaginasi aku mainkan supaya ia menghasilkan tindakan daripada dalam untuk membentuk tindakan secara luaran iaitu tindakan. Bagaimana ini terjadi. Ada kaitan dengan minda sedar dan minda separa sedar.

Setiap malam sebelum tidur aku bayangkan kembali cara permainan ketika sesi latihan di petang hari. Aku kenal pasti kesilapan dan bagi setiap rentak dan hayunan. Selepas itu aku, tonton video youtube yg sudah di muaturun setiap malam. Perkara ni aku amalkan setiap malam atau paling xde setiap 3 hari sekali. Tapi keberkesanan nyata waktu sebelum tidur sehingga tertidur.

Minda sedar kita akan menjurus ke arah itu, maksud aku hasil daripada gerakan, hayunan atau teknik Professional Player bermain. Maka semasa tidur pula minda separa sedar kita akan memulakan kerja untuk merakam semula setiap gerak, hayunan dan teknik yang di lihat. Hasil kedua-dua rangsangan ini akan menghasilkan tindakan yang luarbiasa seolah-olah gerak, hayunan yang dibuat tu seperti biasa dilakukan. Itulah hasil yang aku dapat kongsikan.

Untuk makluman, pada bulan hujung April ini akan ada satu pertandingan ping pong antara daerah (PETANDA). Aku akan menyertainya selaku pemain perseorangan. Aku akan kongsikan hasilnya di post akan datang, Insyaallah.

Zero to Hero. Are you Dare to be a Hero??

No comments:

Post a Comment